Key Alliance Lantik Farhash Wafa Salvador Sebagai Pengerusi

c2fbeebdeb94854a358438cc732d775d5f9164ce298cf

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Iteenews) –Key Alliance Group Bhd mengumumkan pelantikanDatukFarhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharunya.

Syarikat teknologi, komunikasi dan maklumat itu dalam makluman kepadaBursa Malaysia hari ini berkata,Farhash Wafa membawa pengalaman lebih daripada satu dekad dalam bidang perniagaan, perundingan sertanasihat merangkumi sektor pembinaan, teknologi, hotel, makanan dan minuman.

"Sebagai bukti kepada bakat dan sumbangan berharga Farhash Wafa kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beliau pernah dinobatkan sebagai Usahawan Muda Terbaik 2020 oleh Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global serta Usahawan Berdaya Usaha Terbaik 2019 danTechnopreneur Terbaik 2018 oleh Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan (SEBA)," kata Key Alliance.

Beliau juga dianugerahkansebagai Usahawan Nasional Bumiputera Cemerlang Malaysia dalam Perniagaan pada 2018, Usahawan Muda Paling Berpengaruh ke-100 pada 2017 dan Anugerah Skim Permulaan Usahawan Bumiputera oleh Unit PenerajuAgenda Bumiputera (TERAJU) pada 2016.

Farhash Wafa memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom; Ijazah Sarjana Sains dalam Kewangan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom dan Sijil Eksekutif dalam Kepimpinan Awam dari Harvard Kennedy School, Universiti Harvard.

Beliau pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dalam sekurang-kurangnya 10 syarikat swastatermasuk Swag Technologies Sdn Bhd, Salvador & Sons Sdn Bhddan Pacific Samudera Sdn Bhd.

Farhash Wafa juga pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Bluemont Group Limited (sekarang dikenali sebagai Southern Archipelago Limited) dari 2014 hingga 2016, sebuah syarikat tersenarai awam di papanutama Bursa Singapura.

Beliau memegang jawatan sebagai pengarah dalam syarikat awam dan penerbit tersenaraiiaitu Apex Equity Holdings Bhd; Excel Force MSC Bhd; 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd; Berjaya Construction Bhd (tidak tersenarai) dan Bukit Kiara Resort Bhd (tidak tersenarai).

Farhash Wafa yang merupakan bekas SetiausahaPolitik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ketua PKR Perak, kini menjadi Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, sebuah organisasi bukan kerajaan.