Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2024 Hong Leong Industries Meningkat Kepada RM387.89 Juta

4baa9d1a03c20a35aeb171afcdc466535ec7b414d1b1e

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Iteenews) — Keuntungan bersih Hong Leong Industries Bhd meningkat kepada RM387.89 juta dalam tahun kewangan berakhir30 Jun, 2024, daripadaRM290.61 juta pada tahun sebelumnya disokong olehmargin tinggi jualan model motosikal.

Syarikat pemasang motosikal itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkatakeuntungan bersih yang tinggi itu turut disumbangkan oleh pampasan insurans RM25 juta yang diterima akibat gangguan yang disebabkan banjir dalam perniagaan motosikalnya pada suku ketiga Tahun Kewangan 2022 dan keuntungan RM18.7 juta daripada penjualankeseluruhan kepentingan ekuiti dalam Hume Cemboard Industries Sdn Bhd (HCB).

Hasil, bagaimanapun, merosot kepada RM3.11 bilion daripada RM3.42 bilion berikutan jualan perniagaan motosikal yang lebih rendah pada tiga suku pertama tahun kewangan semasa.

Keuntungan bersih bagi suku keempat berakhir 30 Jun, 2024 meningkat kepada RM98.33 juta daripada RM69.29 juta, disumbangkan oleh jualantinggi dalamperniagaan motosikal dan prestasi syarikat bersekutu yang bertambah baik,katanya.

Hasil kumpulan melonjak kepada RM773.66 juta daripada RM767 juta, disumbangkan terutamanya daripadajualan yang lebih tinggi dan permintaan terhadap motosikal.

Mengenai tinjauan masa depan, kumpulan itu berkata permintaan terhadap motosikal menunjukkan petandapeningkatan menuju ke akhir tahun kewangan semasa yang seterusnya akan memberi prospek yangbaik bagi Tahun Kewangan 2025.

Syarikat itu jugaakan terus menumpukan kepada produk, kedudukan pasaran dan kos untuk meningkatkan lagi prestasinya.

“Bagi sektor jubin kami, kumpulankini komited untuk membina kilang baharu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.

"Selain sebarang keadaan yang tidak dijangka, lembaga pengarah menjangkakumpulanmencapai keputusan yang memuaskan bagi Tahun Kewangan 2025," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *