Keuntungan Bersih Suku Kedua Leong Hup Meningkat Kepada RM96.49 Juta

8c69cef7a556bc5fa754612b85cc399c601a533791d23Leong Hup International Bhd

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Iteenews) — Leong Hup International Bhd meraih keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, kepadaRM96.49 juta daripada RM65.03 juta pada tahun lepas.

Jumlah perolehan kumpulan pengeluar bersepadu ayam, telur dan makanan ternakan bagitempoh di bawah kajian bagaimanapun susut kepadaRM2.35 bilion daripada RM2.41 bilion sebelumnya, disebabkan terutamanya olehpurata harga jualan dan jumlah jualan lebih rendah di Vietnam danMalaysia selain penurunan jumlah jualan di Indonesia.

Bagi tempoh terkumpul selama enam bulan, keuntungan bersih Leong Hup meningkat hampir dua kali kepada RM153.07 juta daripada RM87.17 juta manakalaperolehanmenokok kepada RM4.76 bilion daripada RM4.61 bilion sebelum ini, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Perolehan hasil kumpulan daripada jualan ternakan dan produk berkaitan ayam meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM1.37 bilion pada suku kedua tahun kewangan2024 daripada RM1.32 bilion bagi tempoh sama, sebelumnya.

Angka perolehan lebih tinggi itu disebabkan terutamanya oleh peningkatan ketara purata harga jualan dan jumlah jualan anak ayam berumur sehari sertaayam pedaging di Indonesia.

“Jumlah perolehan lebih tinggi itu turut disumbangkan oleh harga jualan purata dan jumlah jualan anak ayam berusia sehari yang meningkat di Filipina.

“Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat sebanyak 71.3 peratus, dipacu terutamanya oleh peningkatan margin di Indonesia dan Filipina,” katanya.

Selain itu,Leong Hup berkata perolehan daripada segmen kilang makanan ternakan turun sebanyak 9.5 peratus kepada RM984.2 juta pada suku di bawah kajian daripada RM1.08 bilion bagi tempoh sama pada 2023.

“Bagaimanapun, EBITDAmeningkat 6.6 peratus apabila kumpulan meraih manfaat daripada pengembangan margin di semua negara, terutama berikutankos bahan mentah yang lebih rendah,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *