Keuntungan Bersih Petronas Susut Pada RM32.4 Bilion, Hasil Naik Kepada RM171.7 Bilion

472a874a77c6fb904ea0666c4794a5ce66d9aaaa60ef6

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Iteenews)– Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM32.4 bilion bagi separuh pertama 2024 berbanding RM40.2 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas Liza Mustapha berkata keuntungan bersih lebih rendah itu berikutan langkah dekonsolidasianak syarikat sertacukai lebih tinggi dalam tempoh berkenaan.

Perolehan hasil syarikat minyak dan gas negara itu bagaimanapunmeningkat kepada RM171.7 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2024, berbanding RM169.0 bilion dalam tempoh sama sebelum ini.

Peningkatan itu, kata Liza, disumbangkan oleh keuntungan daripada pertukaran asing.

"Sebahagiannya diimbangi oleh realisasi purata harga lebih rendah, terutamabagi gas asli cecair (LNG), sejajar dengan penurunan harga penanda aras," katanya pada sesi pengumuman prestasi kewangan Petronas di sini, hari ini.

Selain itu, aliran tunaiaktiviti operasi Petronas pula berjumlah RM54.8 bilion — susut RM3 bilion atau lima peratus yang seiringan dengan penurunan keuntungan dalam tempoh berkenaan.

Perbelanjaan modal (capex) syarikat minyak dan gas negara itu berjumlah RM25.7 bilion, terutamanya daripada aktiviti pembangunan dan penerokaan dalam perniagaan huluandengan Capex domestik meningkat18 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jumlah aset kumpulan pula meningkat kepadaRM798.6 bilion pada 30 Jun, 2024berbanding RM773.3 bilion pada 31 Dis,2023 yang disumbangkan terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan modal dalam tempoh kewangan di bawah kajian.

Ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM443.9 bilion didorong terutamanyaoleh keuntungan dalam tempoh kewangan dengansebahagiannya diimbangi oleh dividen berjumlah RM32 bilion yang diumumkan kepada pemegang saham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *