Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Meningkat Kepada RM125.53 Juta Pada Suku Kedua

2943adeec696c58e99cb44d7dc0bb5fa66d59e3cc53d699 Speed Mart Retail Holdings Bhd

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Iteenews) — Keuntungan bersih 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhdmelonjak kepada RM125.53 jutauntuk suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada RM75.48 juta dicatatkan pada suku kedua2023.

Keuntungan bersih lebih tinggi itu didorong oleh sumbangan jualan yang bertambah dan pencapaian diskaun lebih baik sertakadar pendapatan operasi lain daripada pembekal, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hasil juga bertambah baik sebanyak 8.2 peratus kepada RM2.41 bilion daripada RM2.23 bilion sebelumnya, kebanyakannyadisebabkan oleh sumbangan positif daripada pengembangan cawangan.

“Kumpulan itu mempunyai penambahan sebanyak 59 cawangan, menjadikan jumlah cawangan sebanyak 2,646 pada 30 Jun 2024.

“Terdapat impak positif daripada platform e-dagang jualan pukal yang dilancarkan secara rasmi pada Disember 2023, iatelah menyumbang kepada pendapatan tambahan kira-kira RM2.6 juta kepada kumpulan pada suku kedua2024,” kata 99 Speed ​​Mart.

Dalam padaitu, jumlah urus niaga jualan meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada 113.8 juta urus niaga pada suku di bawah kajianberbanding suku kedua2023.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah dalam satu kenyataan berasingan berkata keputusan yang kukuh tersebut telah mencerminkan daya tahan model perniagaannya.

“Prestasi kewangan99 Speed ​​Mart yang kukuh menunjukkankomitmen kami untuk menyediakan kemudahan dan nilai lebih besar kepada pelanggan kami.

“99 Speed Martyang akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysiamenandakan peristiwa penting untuksyarikat kerana kami terus memacu pertumbuhan mampan dan memberikan nilai jangka panjang bagipemegang kepentingan kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *