Ketua Menteri Pulau Pinang Ketuai Misi Penggalakan Pelaburan Ke Jepun

da097ee701ecdcac93d6671d4d3f30ea67b1a13b1d7d3Kredit: Pejabat Ketua Menteri

GEORGE TOWN, 16 Feb(Iteenews) –Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai misi penggalakanpelaburan Pulau Pinang ke Jepun dari 16-22 Feb untuk memperbaharuidan mengeratkanhubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di negeri itu.

Misi anjuranInvestPenang, agensi penggalakan pelaburan negeri itujuga bertujuan untuk menggalakkan pengembangan tapak pelabur di Pulau Pinang dan menarik pelaburan baharu, kata Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

“Selain itu, misi tersebut adalahuntuk memaklumkan perkembangandan peluang terkini yang ada di Pulau Pinang kepada syarikat Jepun, termasuk maklumat mengenai kemajuan terkini dalam infrastruktur dan perubahan dasar untuk memudahkan pelaburan.

"Dengan mengukuhkan daya tarikanPulau Pinang sebagai destinasi pelaburan utama, misi itu juga menyasar menarikbakal pelabur dalam industri elektrik dan elektronik, semikonduktor, peralatan dan peranti perubatan," kata kenyataan itu.

Semasa lawatan tersebut, Chow dan para perwakilan akan menyertai beberapa siri mesyuarat dan lawatan tapak dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di Tokyo, Kyoto dan Kumamoto.

Menurut kenyataan itu, InvestPenang juga mengambil bahagian sebagai salah satu pempamer dalam Ekspo Pemulihan Perindustrian Kumamoto pada 20-21 Feb di Kumamoto, yang merupakan hab bagi industri semikonduktor Jepun.

Kumamoto sering dirujuk sebagai 'Pulau Silikon' kerana perkembangan pesatindustri semikonduktornya.

“Misi ini adalah peluang berharga untuk mempamerkan kekuatan, inovasi dan komitmen Pulau Pinang untuk menjadi lokasi pelaburan yang berdaya tahan dan mampan,” katanya.

Pulau Pinang yang diberi jolokansebagai "Lembah Silikon Timur" itu menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024.