KUALA LUMPUR, 27 Feb (Iteenews) –Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd padasuku keduayangberakhir 31 Dis,2024 mengecil kepada RM88.68 juta berbanding RM120.77 juta pada tahun lepas.
Perolehan bagi suku tersebut menguncupkepada RM2.20 bilion daripadaRM2.23 bilion sebelumnyadisebabkankumpulan itumencapai kemajuan ketara dengan mengurangkan kerugian sebelum cukainya.
Bagi tempoh kumulatif enam bulan, kerugian bersih Berjaya sebanyak RM256.53 juta berbandingRM109.70 jutamanakala perolehannya kepada RM4.43 bilion daripadaRM4.80 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Konglomerat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari iniberkata ia mencapaikemajuan ketara dengan mengurangkan kerugian sebelum cukainya kepada RM39.02 juta padasuku semasa berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM119.30 juta yang dilaporkan padasuku yang sama tahun sebelumnya.
Mengenai prospek, Berjaya berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka dipacuoleh permintaan domestik yang kukuh sertakadar inflasi purata yang sederhana walaupun terdapat ketidaktentuan yang timbul daripada ketegangan geopolitik yang berterusan.
"Kumpulan akan terus memantau perkembangan politik global dan tempatan di negara tempat iaberoperasi," katanya.
Berjaya berkata prestasi segmen perniagaan domestik dijangka bertambah baikdisokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh sertapeningkatan dalam aktiviti pelancongan.
"Bagi perniagaan permainan, ia dijangkamengekalkan trajektori pertumbuhannya untuk mencapai keputusan yang membanggakan," katanya.
Berjaya kekal optimistik berhati-hati mengenai operasi perniagaannya untuk baki sukuandalam tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2025kecuali mempunyaisebarang situasiyang tidak dijangka.