Rafizi Ramli
PUTRAJAYA, 27 Ogos (Iteenews) –Kementerian Ekonomi bercadang membentangkanKertas Putih Agenda Negara Menua diParlimen pada tahun depan, kata menterinya Rafizi Ramli.
Beliau berkata ketika inirangka kerja dan pelan tindakan negara menua telah disiapkan, dan rangka kerja yang dibangunkan bersama Bank Duniaitu akan dibentangkan terlebih dahulu pada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada November.
“Perkara itu (rangka kerja)akan menjadi satu daripada tumpuan utama di dalam Rancangan Malaysia ke-13.Jadi setelah kita mendapat kelulusan dan membincangkan secara mendalam di peringkat kerajaan selepas dibentangkan di MTEN. Insya-Allahrangka kerja negara itu akan dibentangkan kepada rakyat,” katanya.
Rafizi berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tinjauan Ekonomi MalaysiaPertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata maklumat mengenai negara menua ini perlu diketahui oleh rakyat secara keseluruhannya kerana ada beberapa perkara perlu ditangani.
“Kita ada beberapa kelemahan dari segi perlindungan sosial terutamanya kepada kumpulan pencen yang perlu kita beri penekanan segera.Insya-Allahyang ini akan bermula dengan Kertas Putih dan cabaran itu akan ditangani,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.
Dalam tempoh kurang tujuh tahun iaitu 2030Malaysia dijangka mencapai status negara menua apabila 15 peratus jumlah penduduk ialah warga emas.
Berdasarkan Data Banci Penduduk dan Perumahan 2020, peratus penduduk Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas meningkat daripada lapan peratus (dua juta) pada 2010 kepada 10.4 peratus (3.4 juta) pada 2020.