Kerjaya Prospek Raih Kontrak Pembinaan RM256.4 Juta Di Elmina, Selangor

7304fc26b92a4cefad1c3c557d1ead6a61a0413b81217

KUALA LUMPUR, 6 Jan(Iteenews) –Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anaksyarikat milik penuhKerjaya Prospek Group Bhd, berjaya meraih kontrak bernilaiRM256.4 juta daripada Eastern & Oriental Express Sdn Bhd (E&OE) membabitkan kerja-kerja pembinaan di Elmina West, Shah Alam di Selangor.

E&OE adalah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd dengan pengarah dan pemegang saham utama tertentu Kerjaya mempunyai kepentingan langsung dan tidak langsung.

Dalam kenyataannya hari ini, Kerjaya berkata skop projek itu termasuk pembinaan sebanyak360 unitrumah teres tiga tingkat selain rumah kelab, kerja-kerja landskap dan prasarana berkaitan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah EksekutifnyaTee Eng Tiong berkata nilai perolehan kontrak belum selesaikumpulan itu pada masa ini berjumlah kira-kira RM4.2 bilion susulan penambahan kontrak berkenaan, sekali gus memastikan ketampakan pendapatan mampan bagi tempoh tiga tahun akan datang.

“Kejayaan meraih projek baharu ini membuktikan komitmen kami dalam memacu nilai hebat untuk pemegang saham selain mengukuhkan lagi kedudukan sebagai antara pemain terkemuka dalam sektor pembinaan.

“Kami juga berharap dapat menyampaikan keputusan luar biasa dan mengekalkan momentum pertumbuhan ketika memulakan tahun kewangan baharu," katanya.

Kerjaya berkata projek itu akan diserahkan dalam tempoh tiga fasadengan pembinaannya dijadualbermula pada 20 Jan,2025 dan dijangka siap dalam tempoh 26 bulan.

Kontrak itu juga dijalankan secara setarafdan berdasarkan terma-termakomersial yang lazim.

— BERNAMA