fb Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Iteenews) — Kerjasama antara NVIDIA dan YTL Power International dapat memperkukuh infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dan memastikan teknologi AI yang dibangunkan sesuai dengan keperluan serta nilai budaya negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizberkata dengan infrastruktur AI yang canggih, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk menjadi antarahab utama AI serantau.
“Kerjasama itudapat membuka peluang dalam membangunkan model bahasa besar (LLM)dalam Bahasa Melayu.
“Kerjasama ini akan membawa superkomputer terpantas ke negara kita, ditempatkan di YTL Green Data Center Park, Kulai, Johor, dan dijana sepenuhnya oleh tenaga solar,” katanya menerusi hantarandi platform media sosial X pada Jumaat.
Beliau berkata selain itu, usaha tersebutselari dengan aspirasi negara mengikutPelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030untuk menjadi negara yang mengutamakan awandan memperkukuh ekosistem AI tempatan
Inisiatif seperti ini akan memanfaatkan inovasi, mewujudkan peluang untuk bakat tempatan dalam sektor teknologi, serta menarik lebih banyak pelaburan dan kepakaran antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia di persada global dalam bidang AI, katanya.
— BERNAMA