Kerjasama Menzies-MMAG Perkukuh Sektor Penerbangan Malaysia – Loke 

d923b2841a13d99054a2b1d590aa1dd967bc8743819c7 Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) menerima cenderahati daripada Naib Presiden Eksekutif Oceania dan Asia Tenggara Menzies Aviation Darren Masters (tiga, kanan) pada Majlis Pelancaran Menzies Malaysia di sebuah hotel hari ini. Turut kelihatan Pengurus Besar Menzes Aviation Malaysia Mokhtar Othman (dua, kanan).–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA 95258393b88b0fac3057e556920f89ae67bc8763a9828 Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tiga, kanan) melakukan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Menzies Malaysia di sebuah hotel hari ini. Turut kelihatan Pengurus Besar Menzes Aviation Malaysia Mokhtar Othman (dua, kiri) dan Naib Presiden Eksekutif Oceania dan Asia Tenggara Menzies Aviation Darren Masters (empat, kanan).–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEPANG, 24 Feb (Iteenews) — Kerjasama Menzies Aviation dan MMAG Sky Services Sdn Bhd bersedia menerapkan kepakaran antarabangsa dalam sektor penerbangan Malaysia, dengan sasaran untuk mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menzies Aviation menerima Lesen Pengendalian Darat yang diperlukan daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Nov 2024 yang membolehkan syarikat itu untuk memulakan operasi di Malaysia.

“Menzies adalah syarikat yang telah sekian lama beroperasi, dan kami berharap mereka dapat menerapkan elemen antarabangsa dalam sektor penerbangan kita.

“Kita turut menantikan pertumbuhan perniagaan mereka di sini dan perkhidmatan ditambah baik yang akan mereka bawakan,” kata Loke ketika berucap pada pelancaran Menzies Aviation Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini Menzies bekerjasama dengan MMAG Sky Services sebagai penyedia perkhidmatan bahagian daratnya, dengan tumpuan utama kepada segmen kargo.

Ditubuhkan pada 1833, Menzies Aviation telah berkembang sebagai penyedia perkhidmatan bahagian darat yang terkemuka di seluruh dunia, beroperasi melibatkan lebih 265 lapangan terbang di 55 negara dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 500 pelanggan di seluruh dunia.

Loke yakin bahawa kerjasama ini akan membuka peluang kepada kemajuan yang lebih besar dalam sektor penerbangan Malaysia dan mendorong negara supaya lebih dekat sebagai pemain utama dalam landskap penerbangan serantau dan global.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Menzies Aviation bagi Oceania dan Asia Tenggara Darren Masters berkata syarikat itu teruja dengan peluang sektor penerbangan Malaysia yang telah beroperasi pada tahap yang tinggi.

“Berdasarkan pengalaman kami di sini setakat ini, industri penerbangan ini telah berada pada standard tinggi dan mempunyai asas kukuh. Kami berhasrat menguatkanasas itu dan melaksanakan penambahbaikan yang selanjutnya,” katanya.