Gambar fail Iteenews
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Iteenews) — Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahansubsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Tindakan itu, kata kementerian,adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
“Pelaksanaan (penyasaran) subsidi RON95 pada 2025 dijangka memberipenjimatan sebanyak RM3.6 bilion kepada perbelanjaan kerajaanatau pengurangan sebanyak 21.9 peratus kepada keseluruhan perbelanjaan subsidi jikahanya diberikan kepada golongan B85 dan warganegara Malaysia.
“Langkah memastikan penyasaran subsidi RON95 tidak melibatkan bukan warganegarapula akanmemberi manfaat penjimatan sebanyak RM0.3 bilion (2.0 peratus) kepada kerajaan,” kata kementerian itu menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai perancangan kementerian berkenaan untuk membenarkan kenderaan Brunei Darussalam menggunakan RON95 di Malaysia.
Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan 2025 yangmeliputi 85 peratus rakyat dan ditentukan berdasarkan perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) isi rumah.
— BERNAMA