Kerajaan Terus Perkemas Kerangka Pembangunan ECER – PM Anwar

c0bad30274be97f223119c349fefe9f6670e7d4c5c157 Kredit: FB – Anwar Ibrahim 351e3e85a2a7ee40603cbdd9e597581d670e7d69efc60 Kredit: FB – Anwar Ibrahim 7486736378fe064d45b50596f6ce7365670e7d7d22aee Kredit: FB – Anwar Ibrahim 68a6f16eaf7f88a53ba31edc65dca294670e7d8e0ad8d Kredit: FB – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Iteenews) — Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan menarik lebih banyak pelaburan ke wilayah Pantai Timur dapat direalisasikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkanbahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 2 Tahun 2024 pada petang tadi.

“Antara teras ekonomi utama sebagai pemacu pertumbuhan yang dibincangkan termasuklah industri terkait Bakul Makanan, pelancongan, pembuatan (hard-to-abate) dan industri marin,” kata beliau menerusi hantaran di laman rasmi beliau di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata peranan sektor logistik dan tenaga boleh baharu sebagai pemboleh daya bagi ECER turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

“Saya dimaklumkan, bagi tempoh tiga suku pertama tahun ini, ECER berjaya mencatatkan sebanyak RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan berbanding sasaran RM10 bilion,” kata beliau.

Anwar berkata jumlah itu melibatkan 21 projek yang berupaya mewujudkan 8,700 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri termasuk pembuatan keluli, petrokimia, produk biojisim dan pelancongan.

“Kejayaan ini selari dengan hasrat Kerajaan MADANI yang sentiasa menekankan kepentingan pemantauan dan pemudah cara pelaksanaan bagi pelaburan-pelaburan dari dalam dan luar negara yang diumumkan,” kata beliau.

Perdana Menteri menjelaskan mesyuarat itu turut membincangkan perancangan pembangunan bagi ECER selari dengan kerangka penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang sedang dilaksanakan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *