Kerajaan Sentiasa Pastikan Pembangunan Seimbang Rentasi Wilayah, Negeri Termasuk SG4

1ef52942e0b3ddf4e12798f3cf8be0dd642bae19cd547

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Iteenews) –Kerajaan sentiasa berusaha ke arah memastikan pembangunan yang seimbang dilaksanakan merentasi wilayah dan negeri, termasuk negeri-negeri SG4, menurut Kementerian Ekonomi.

Katanyakerajaanmemberi jaminan akan terus membangunkan dan menambah baik penyediaan infrastruktur asas yang menyeluruh termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu bagi mencapai keseimbangan wilayah melalui penyediaan Peruntukan Pembangunan yang adil dan saksama.

“Di bawah Rolling Plan 5 Tahun 2025, negeri-negeri tersebut telah diluluskan peruntukan pembangunan asas sebanyak RM7.92 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan di bawah pelbagai kementerian,”katanyadalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ia menjawab soalanDatukWira DrKu Abd RahmanKu Ismail (PN-Kubang Pasu) yang mahu tahulangkah kerajaan bagi memajukan ekonomi negeri-negeri kurang maju seperti negeri-negeri SG4 supaya mereka juga dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara.

SG4atau “State-Government 4”melibatkan negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Menurut Kementerian Ekonomi,selaras dengan strategi yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, usaha untuk menarik pelaburan berkualiti melalui pelaksanaan projek yang mempunyai nilai tambah tinggi dengan pendekatan teknologi, automasi dan inovasi akan terus dipergiat.

Katanya beberapa projek pembangunan utama yang sedang dilaksanakan di negeri-negeri tersebut termasuklah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit, Kedah dan membina jalan baharu Kuala Terengganu Bypass.

Katanya kerajaan juga telah menyediakan peruntukan pembangunan kepada Pihak Berkuasa Koridor pada 2025 seperti Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebanyak RM226.65 juta,Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) (RM238.45 juta) danPihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)(RM121.57 juta).

Selain itu, katanyaPihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA)(RM52.82 juta) danLembaga Pembangunan Koridor Wilayah(RECODA) (RM240 juta).