KUALA LUMPUR, 15Okt (Iteenews) — Kerajaan Persekutuan mengalami kerugian berjumlah RM112.53 juta bagi pelupusan saham Astronautic Technology (M) SdnBhd, melibatkannilai nominal saham berjumlah RM112.58 juta telah dijualpada harga RM50,000.
Pelupusan saham Astronautic Technology pada nilai nominal RM50,000 adalah berdasarkan nilai bersih semasa,dengansegala aset dan liabiliti syarikat di zerorised.
Sehubungan itu, pelupusan tersebut adalah berdasarkan penurunan nilai muhibbahsahaja, menurut Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan.
"Pelupusan saham berkenaan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Ogos 14, 2019.
“Ini adalah kerana tiada keperluan strategik untuk Kerajaan Persekutuan terus memiliki syarikat Astronautic Technology dalam agenda memperkasa industri angkasa negara melalui pembangunan satelit penderiaan jauh," kata laporan itu.
Astronautic Technology ialah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, yang diselia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Mandat utamanya adalah untuk membangunkan teknologi angkasa lepas dan satelit yang memfokuskan dalam penyelidikan dan pembangunan yang menggunakan teknologi canggih sertainovatif untuk industri angkasa lepas.
— BERNAMA