Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei (kanan) menyertai sesi bual bicara sempena Persidangan Misi Perniagaan UOB dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) di Iskandar Puteri hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
ISKANDAR PUTERI, 19 Feb(Iteenews) — Kerajaan negeri Johor ketika ini sedang merangka pelan induk bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Menteri Besarnya,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan akan menggariskan pelan kerajaan bagi membangunkan JS-SEZ untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
“Kami sedang merangka Pelan Induk JS-SEZ dan dijangka memuktamadkannya pada Jun,” katanya ketika sesi sembang santai pada persidangan Misi Perniagaan Persekutuan Perniagaan Singapuradi sini, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Weibertindak sebagai moderator sesi tersebut.
Mengulas mengenai cara dana pembangunan infrastruktur sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi JS-SEZ akan dibelanjakan, Onn Hafiz berkata: “Dana RM5 bilion itu akan dimasukkan ke dalam pelan induk itu.
“Ia tidak akan digunakan secara ad hoc atau tanpa perancangan awal, kami perlu menyusun strategi bagi memastikan dana itu digunakan dengan sebaik-baiknya”.
Beliau turut menyentuh beberapa perkara lain seperti infrastruktur awam, tarikan pelancongan, jalan raya dan pengangkutan awam, serta rancangan kerajaan bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan untuk melabur, bekerja, tinggal dan bermain.
Selain itu, katanya, projek sistem Transit Aliran Autonomi (ART) bertingkatyang boleh membantu mengatasi masalah trafik di kawasan bandarbakal dimuktamadkan menjelang Mac.
“Saya akan mempengerusikan mesyuarat denganUnit Perkongsian Awam Swasta (UKAS) dan Kementerian Pengangkutan,” katanya.