Kerajaan Disaran Perluas Sokongan Kepada Pelabur Tempatan Bagi Pacu Pertumbuhan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Iteenews) — Kerajaan digesa untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih mesra bukan sahaja kepada pelabur asing malah pelabur tempatan dalam usaha meningkatkan daya saing Malaysia di pentas global.

Tan Hong Pin (PH-Bakri) berkata,dasar yang memudahkan peniagaan, mengurangkan birokrasi, proses permohonan kelulusan yang mudah dan cepat serta memastikan sokongan yang sewajarnya kepada pelabur tempatan adalah penting untuk memperkukuhekonomi.

“Sering kali pelabur asing diberikan lebih banyak insentif seperti pengecualian cukai untuk satu tempoh yang panjang, khidmat nasihat daripada agensi sepusat seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan sebagainya.

“Bagaimanapunpelabur tempatan terutamaperusahaan kecil dan sederhana (PKS)masih berhadapan dengan berbagai kos pematuhan undang-undang yangtinggi, dengan kos-kos ini kadangkala menyumbang sehingga 30 peratusdaripada perbelanjaan tahunan sesetengah PKS,”katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu mencipta ekosistem pelaburan yang lebih seimbang membolehkan kerajaan berpeluang untuk memacu pertumbuhan ekonomi domestik dan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di dalam negara.

“Ia satu berita baik apabila Malaysiamencatatkan sebanyak RM160 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2024berbanding RM135.6 bilion bagi tempoh sama pada 2023.

“Ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan malahmembantu kerajaan dalam menangani isu hutang dan menjana hasil yang diperlukan untuk pembangunan negara,” katanya.

Tan turut memetik laporan Ease of Doing Business 2024, yang memaklumkan Malaysia jatuh dua anak tangga ke kedudukan 14 daripada 190 negara, menggambarkan cabaran dalam menarik pelaburan berbanding negara-negara lain.

Penurunan ini menunjukkan Malaysia perlu memperhebat usaha bagi mengekalkan daya tarikannya kepada pelabur antarabangsa, katanya.