Kerajaan Ambil Pendekatan Pragmatik Bangun Perancangan Ekonomi – Rafizi

12d1519de7bee7067059fd12fc00af1763e390bb98ee5

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Iteenews) –Kerajaan mengambil pendekatanpragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomidengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri EkonomiRafizi Ramli.

Beliau berkata tiga perkara asas tersebut adalahmengukuhkan fiskal, mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu danmelaksanakan reformasistruktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi.

Menurut Rafizi, rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan MADANIsetakat ini merangkumi keperluan jangka masa terdekat, perancangan sederhanadan juga perancangan masa panjang yang disesuaikan mengikut perancangan ekonomi makro.

Beliau berkata kedudukan fiskal negara akandiperkukuhkan melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi serta rasionalisasi perbelanjaan untuk mewujudkan perbelanjaan awam yang bertanggungjawab.

“Kerangka ekonomi MADANI contohnya, meletakkan wawasan ekonomi dalam masa sederhana iaitu 10 tahun… Ini pemantauan dan penyelarasan yang lebih cepat supaya sebarang kelemahan dapat diatasi segera.

“Jika selepas lima tahun, kita rasa ini (perancangan ekonomi) tidak berlaku, kita anjak lagi ke depan.. Kemudian kita juga mempunyai kerangkaekonomi bersifat sektoral yang berperanan memperkuatkan asas ekonomiuntuk memenuhi kehendak kedua dan kehendak ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Rafizi memberi contoh Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) yang bersifat serampang dua mata yang mana selainmembina industri baru berasaskan peralihan tenaga bernilai tinggi, ia juga memastikan kemampanan dan keterjaminan tenaga untuk pertumbuhan negara sehingga tahun 2050.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan kita bergantung kepada import tenaga padamasa akan datang. Begitu juga dengan Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) selainmemastikan ada sektor baharubernilai tinggi yang berkembang, ia juga untuk memastikanekonomi kita beralih kerantaian penciptaan nilai yang lebih tinggi.