Kredit: FB – Nivaas Ragavan
KUALA LUMPUR, 21 Sept(Iteenews) –Kepimpinan Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) yang baharu dilantik mengesahkan komitmennya untuk menggalakkan kerjasama sektor swasta dalam perdagangan dan pelaburan, selaras dengan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025.
Pengerusi AIBC Datuk Seri N. Gobalakrishnan dan Pengerusi Alternatif Nivas Ragavan yang baru-baru ini dilantik oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk tempoh tiga tahun (2024-2027)berkata mereka akan berperanan mewakili Malaysia di peringkat serantau dan bekerjasama dengan India dan negara-negara ASEAN yang lain.
“Peranan di peringkat serantau ini memberikan peluang unik untuk mengukuhkan dan meningkatkan hubungan ekonomi antara rantau ASEAN dan India,” katanyadalam satu kenyataan bersama kepada Iteenews.
Gobalakrishnan dan Nivas mewakili Malaysia pada mesyuarat Rundingan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN-India (AEM-India) di Vientiane, Laos, awal minggu ini.
Mesyuarat itu mengalu-alukan kemajuan dalam kajian semula Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) dan menekankan keperluan untuk menambah baik peruntukan bagi memudahkan pergerakan barangan merentas sempadan, menjadikan AITIGA lebih berkesan, mesra pengguna dan memudahkan perdagangan untuk perniagaan.
AIBC, yang ditubuhkan oleh kerajaan ASEAN dan India pada 2005, bertujuanmemupuk hubungan perniagaan yang lebih erat dan menyediakan perspektif industri untuk mengeratkan hubungan ekonomi antara kedua-dua rantau itu.
Malaysia dijadualkan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, mengambil alih dariLaos, yang secara rasmi akan menyerahkan jawatan pengerusi semasa Sidang Kemuncak ASEANyang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober.
Malaysia sebelum ini memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005dan 2015.
ASEAN, yang diasaskan pada 8 Ogos 1967, terdiri daripada 10 negara anggota iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.