Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

8a7bf36e642a02d21613fef6152a194266e3ee31512b2 Kredit: PRO-NET c12e1dc7b61c8d9bd005023d7ce1158a66e3ee4ba4fae Kredit: PRO-NET de027f6d5833871c87e481a345cd58a466e3ee6e1bc1c Kredit: PRO-NET

KUALA LUMPUR, 13 Sept(Iteenews) — Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruhuntuk kenderaan elektrik (EV) sulungpengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.

PRO-NET, anak syarikat milik penuhPerusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dalam satu kenyataan hari ini berkata fasa ini melibatkan enam unit Proton e.MAS 7 yang dipandu oleh jurutera pakar Proton merentasi setiap pelusuk Semenanjung Malaysia.

Menurut syarikat itu, ujian tersebut bertujuan untuk memastikan kenderaan berkenaan memenuhi keperluan persekitaran yang khusus di Malaysia dan mengesahkan ketahanan, kebolehsuaian, serta kesesuaiannya dengan permintaan pasaran tempatan.

Proses ujian itumerangkumi Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), Ujian Sistem Bantuan Pemandu (ADAS)dan Ujian Kebolehpercayaan Kualiti (QRT)serta penambahbaikan yang berterusan pada sistem navigasi, Digital Head Unit (DHU)dan Penyedia Sistem Telematik (TSP).

“Setakat ini, jurutera Proton telah menjalankan simulasi DAT yang dapat membaca faktor persekitaran dan corak lalu lintas unik di Malaysia manakala sistem navigasi dalam kereta telah diperinci dengan teliti untuk menggambarkan peta jalan raya Malaysia dengan tepat.

“Kami jugamengoptimumkan penangkapan frekuensi radio untuk stesen tempatan, memfokuskan laluan luar bandar, kawasan pergununganserta stesen kereta api untuk menguji sambungan rangkaian internet,” katanya.

PRO-NET berkata iajuga telah menyesuaikan komponen perisian utama, memastikan sistem DHU dapat menterjemah bahasa asal pasaran China ke dalam Bahasa Inggerisdengan tepat dan disesuaikan dengan tetapan tempatan, bukan hanya sekadar bergantung pada terjemahan umum.

“Usaha kolaborasi antara PROTON dan Geely ini membuktikan bahawa Proton e.MAS 7 bukan sekadar kenderaan yang ditukar jenama, tetapi merupakan kenderaan yang benar-benar berjiwa Malaysia.

“Ujian ketahanan kenderaan termasuk penyelesaian masalah dan pemeriksaan sistem yang ketat, bagi memastikan daya ketahanan kenderaan mengikuti spesifikasi tempatan,” kata syarikat itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *