Kendali DAX Secara Haram, SC Kenakan Tindakan Celaan Terhadap Bybit

d065a9cffc857775545b186c0b13f2d95e8c7b1590182Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Iteenews) –Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan tindakan celaan terhadap Bybit Technology Limited (sebelum ini dikenali sebagai Bybit Fintech Limited) (Bybit)dan Ketua Pegawai EksekutifnyaBen Zhou (Yuchen Zhou)kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa pendaftaran.

Dalam kenyataan hari ini, SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.

Susulan tindakan penguatkuasaan itu, SC telahmengarahkan Bybit untukmenutup laman web dan aplikasi mudah alihnyaatau mana-mana platform aplikasi digital lain di Malaysia dalam tempoh 14 hari perniagaan dari tarikh 11 Dis,2024.

“SC juga telah mengarahkan Bybit untuk berhenti mengedar, menerbitkan atau menghantar sebarang iklansama ada dalam siaran media sosial atau sebaliknyakepada pelabur Malaysia dengan serta-mertadan segera menamatkan kumpulan sokongan Telegram Bybit untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Suruhanjaya itu berkata CEO Bybitjuga telah diarahuntuk memastikan semua itu dipatuhi.

Keputusan itu dibuat berikutan wujudnya kebimbangan mengenai pematuhan platform terbabit terhadap keperluan kawal selia tempatan selaindemi melindungi kepentingan pelabur.

“SC memandang serius pelanggaran inikerana mengendalikan DAX tanpa mendapatkan pendaftaran SC sebagai pengendali pasaran diiktiraf (RMO)adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,” katanya.

Sehingga kini, Bybit telah mematuhi semua arahan SC.

Dalam pada itu, SC juga mengingatkan pelabur untuk melabur dan hanya berurusan dengan pengendali pasaran diiktiraf yang berdaftar dengan suruhanjaya itu.