Kenaikan Ringgit Beri Manfaat Kepada Malaysia Tetapi Belum Capai Nilai Saksama – PM Anwar

bd705ee64850d75e25d9f28a4dc9ae4f67009fde7f048Kredit CNBC

KUALA LUMPUR, 5 Okt(Iteenews) — Ringgit belum mencapai nilai saksama walaupun mencatatkan peningkatan berbanding dolar AS baru-baru ini dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik diAsia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia masih berada di bawah nilaisebenar (walaupun) pada kadar RM4.10 (berbanding dolar AS). Orang ramai tahu bahawa ia pernah berada pada kadarRM3.80tetapi lebih baik ia mengukuh secara berperingkat tanpa campur tangan.

“Biarkan kuasa pasaran menentukan. Ia akan mencerminkan keyakinan terhadap dasar kerajaan dan cara kami melaksanakan pembaharuan,” kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, ringgit merosot kepada 4.2155/2240 berbanding dolar AS daripada 4.1230/1280 minggu lepas.

BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unitFitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar ASdaripada RM4.55 sebelum ini, memaparkanprestasi cemerlang ringgit pada suku ketiga 2024.

Sebahagian penganalisis lebih optimisdan mengunjurkan ringgit akan mencecah RM3.55 berbanding dolar AS.

Walaupun mengakui ringgit yang lebih kukuh boleh mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pengeksport berdasarkan Malaysia merupakan negara yang berorientasikan eksport, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu tidak begitu membimbangkan berikutan mata wang tempatan masih berada di bawah nilai.

“Ya, ia akan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pengeksport(tetapi)tidak begitu ramai dan tidak terlalu seriuskerana ia masih berada di bawah nilai.

“Bagaimanapun, ia telah memberikan banyak manfaat kerana kita adalah negara perdagangan dan banyak mengimport dari luar negara,”kata beliau ketika ditanya sama ada ringgit yang lebih kukuh atau lemah akan memberi kelebihan kepada Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *