KEMUNCULAN BANK DIGITAL BAHARU MELONJAKKAN SEKTOR PERBANKAN GLOBAL PADA 2024

38edd8294e3b7a6b42ea4a1ef508982f675518b89c0aeAeon Bank/GX Bank

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Iteenews) – Kemunculan tiga bank digital di Malaysia telah merevolusikan sektor perbankan, menawarkan akses kewangan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan dan menyalurkan kemudahan kepada pelanggan untuk melakukan transaksi pada bila-bila masa, siang ataupun malam.

Sejak mula beroperasi, transaksi e-pembayaran mereka mencatatkan peningkatan yang luar biasa dalam tempoh masa yang agak singkat, mengatasi jangkaan dan unjuran.

Dalam proses itu, mereka telah meningkatkan penggunaan pembayaran digital dengan bantuan langkah-langkah daripada pihak kawal selia bertujuan untuk meningkatkan keterangkuman kewangan.

Mereka telah memasukkan dimensi baharu dalam sektor perbankan bukan sahaja bagi membolehkan akses kepada pelanggan yang lebih luas tetapi meningkatkan celik kewangan terutamanya bagi komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

Tiga daripada lima lesen perbankan digital yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2022, iaitu GX Bank Bhd, AEON Bank (M) Bhd, dan Boost Bank Bhd yang dilancarkan dengan jayanya.

GXBank, anak syarikat GXS Bank Pte Ltd, iaitu usaha sama bank digital antara Grab Holdings Ltd, Singapore Telecommunications Ltd, dan konsortium pelabur-pelabur Malaysia, termasuk Kuok Group—dilancarkan pada penghujung 2023.

Ini diikuti dengan pelancaran AEON Bank pada 2024, dimiliki bersama oleh AEON Financial Service Ltd dan AEON Credit Service (M) Bhd, anak syarikat Kumpulan AEON Jepun dan Boost Bank, sebuah bank digital tempatan yang ditubuhkan oleh Axiata dan RHB.

Dua lagi bank digital, iaitu melalui perkongsian antara Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd, dan satu lagi diketuai oleh KAF Investment Bank, masih belum beroperasi secara langsung disebabkan masalah-masalah teknikal.

Mempercepatkan transformasi perbankan digital