Kementerian Ekonomi Akan Mula Inisiatif \’Madani Mendengar,\’ Kumpul Input Rakyat Untuk RMK-13

9dc09224c22041220aece835c7775fa966d95aea9bd2fMenteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika berucap pada Majlis Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEPANG, 5 Sept (Iteenews) –Kementerian Ekonomi bersedia untuk melancarkan siri sesi libat urus dan kumpulan berfokus di seluruh Malaysiabermula akhir bulan ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramliyang menerajui usaha ini berkata inisiatif ini adalahkomponen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dikenali sebagai "MADANIMendengar,"untuk menggalakkan penyertaan dan dialog yang aktif.

“Saya ingin menjemput anda secara peribadi untuk memainkan peranan aktif dalam proses ini. Kejayaan RMK-13 dan potensi Malaysia untuk menjadi kuasa penggunaan tidak bergantung kepada kerajaan.

"Ia memerlukan pendekatan keseluruhan negara, dengankita, masing-masing membuat pelaburanuntukmasa depan negara," kata Rafizi ketika berucap pada PersidanganPermulaan Rancangan Malaysia Ke-13(RMK-13) 2026-2030di sinihari ini.

Menurutnya inisiatif itu akan menekankan kepentingan untuk membentuk strategi ekonomi yang dibuat secara usaha sama dan menyeluruh.

“Sesi libat urus ini akan berperanan sebagai platform untuk kementerian menghimpunkanpemikir awam, penggiat swastadan orang ramai untuk mendengar maklum balas yang membina,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media, Rafizi berkata inisiatif “MADANIMendengar” adalahproses yang membolehkan kerajaan memberikan gambaran menyeluruh mengenai keadaan negara.

“Sama adadari segi potensi, cabaran,kekangan dan sebagainya, saya yakinmelalui libat urus yang lebih baik, kita akan dapat memanfaatkan perpaduan sosialdanberupaya membangunkan rancangan yang berkesan.

“Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, kadang kalaada pihak menjadi pesimis dengan rancangan kita kerana merasakan ia tidak semestinya menangani kebimbanganmereka dengan cepat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *