Kementerian Digital Yakin Peroleh Lebih Banyak Pelaburan Pada Separuh Kedua 2024

50aa4611696a9ca3f10464f24bea5d2e66be012c14856Menteri Digital Gobind Singh Deo (Gambar fail)

PETALING JAYA, 15 Ogos(Iteenews) — Kementerian Digital yakin dapatmemperoleh lebih banyak pelaburan digital pada separuh kedua tahun ini selepas mencatat prestasi memberangsangkan pada separuh pertama.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata jumlah pelaburan digital Malaysia mencecah RM66.22 bilion pada separuh pertama tahun ini mengatasi RM46.2 bilion yang dicapai bagi keseluruhan 2023, disokong oleh dasar mesra perniagaan Kerajaan MADANI.

Beliau berkata pelaburan ini telah mencipta25,498 peluang pekerjaan pada Separuh Pertama2024, mengatasi jumlah 22,258 dalamtempoh yang sama pada 2023.

“Digital adalah bidang yang berkembang pesatdan menarik perhatian ramai. Kita akan melihat lebih banyak tumpuandiberikan dalam sektor ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antarasekolah sains komputer, 42 Malaysia,yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Bhd secara kerjasama dengan Sunway Education Group, dan MyDIGITAL Corporation.

Gobind berkata bagi merangsang pelaburan dalam sektor digital, senarai harapan Belanjawan 2025 yang akan dikemukakankepada Kementerian Kewangan akan merangkumi pengecualian cukai.

“Persoalan yang dibangkitkan adalahbagaimana kerajaan boleh membangunkan dasar mengenai insentif yangakan mendorong perniagaan untuk melabur, jadi terdapat cadangan tertentu yang akan dikemukakan yang menumpukepada percukaian.

“Saya fikir iabergantung kepada sepantas mana kita boleh mendapatkan semua orang menggunakan teknologi kerana jika anda melihat jumlahnya, perusahaan kecil dan sederhana membentuk 97 peratus daripada industri negara. Jika semuamereka menggunakan teknologi dalam perniagaan mereka, negara akan mencatatkanpertumbuhan ekonomi digital yang luar biasa,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan dan industri perlumenjalin perkongsian yang lebih kukuh lagiuntuk mempercepatkan agenda digital nasional, antara lainnya, dalam penciptaan bakat, bagimenyokong industri yang berkembang pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *