Kembara Sains Borneo 2025 Dekatkan PSN Ke Sekolah Sabah, Sarawak

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (tengah) melakukan gimik perasmian semasa menghadiri Majlis Pelancaran Program Minggu Sains Negara 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan semalam.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING, 5 Mei (Iteenews) — Pusat Sains Negara (PSN) akan membawa bas pameran PSN ke 30 lokasiterpilih di Sabah dan Sarawak pada Program Kembara Sains Borneo (KSB) bersempena dengan Minggu Sains Negara (MSN) 2025.

Pengarah PSNMohammad Fuad Rahman berkatabas pameran yang dinamakan PSN Trooperz On The Move itu dilengkapi dengan 20 ruang pameran interaktif yang direka khas untuk menarik minat pelajar terhadap sains.

“Inisiatif ini memberi ruang kepada pelajar yang tidak berpeluang melawat Pusat Sains Negara di ibu negara untuk merasai sendiri pengalaman melalui pameran bergerak yang kami bawa ke lokasi mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Minggu Sains Negara 2025 di sinimalam tadi.

Mohammad Fuad berkata fokus utama KSB adalah untuk mendekatkan komuniti pelajar di kawasan pedalaman dan luar bandar dengan Pusat Sains Negara.

“Pemilihan(untuk KSB) meliputisekolah di bandar, luar bandar dan pedalaman, pemilihan pelajar juga melibatkanpelajar sekolah rendah hingga sekolah menengah.

“Untuk KSB, kami tidak bergerak bersendirian. Kami bekerjasama dengan rakan strategi iaitu Planetarium Negara, sokongan daripada AkademiSains Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia danPetrosains,” katanya.

Beliau berkata KSB bukan sahaja memberi tumpuan kepada pelajar, tetapi juga melibatkan guru-guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik melalui pelaksanaan program latihan.

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dua program penjelajahan utama, iaitu Kembara Sains Borneo dan Rehlah Sainsakan menjadi tumpuan di bawah inisiatif Minggu Sains Negara2025.

Kedua-dua program ini merupakan usaha strategik MOSTI untuk memastikan manfaat pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dapat dinikmati secara menyeluruh merentas pelbagai kawasan geografi termasuk komuniti di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.