Kemalangan Parkiran Bertingkat Hospital Tiada Unsur Sabotaj

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman

PUTRAJAYA, 5 Feb (Iteenews) — Kemalanganmembabitkan sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang dekat sini semalamtidak membabitkan unsur sabotaj.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata insidenmembabitkan kereta Honda WRV dipandu lelaki berusia 39 tahun yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran itupada 1.15 tengah hari, berlaku disebabkan kecuaian.

“Hasil temu bual bersama mangsa, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat.

“Beliau memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan adalah atas kecuaian beliau sendiri kerana tertekan pedal minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan lalu melanggar tembok di aras 3B tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat perlanggaran itutembok penghalang pecah dan serpihan batu terkena sebuah keretajenis Toyota Avanza yang berada di bawah tempat itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi berita palsu yang boleh menimbulkankegusaran awam, katanya.

Sebelum ini, tular gambar bahagian belakang sebuah kereta terkeluar daripada kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

–BERNAMA