Kelonggaran Pelaksanaan Sistem e-Invois Permudah Peralihan Perniagaan Kecil – Pakar

a8c98d116ade349790c13a4ba3db40c7652903d476d67

KUALA LUMPUR, 23 Jan(Iteenews) — Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaanmandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh, kataahli majlis Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) Harvindar Singh.

Beliau berkata pendekatan ini juga telah memudahkan dan memberikan golongan peniaga kecil masa tambahan untukproses peralihan ke sistem tersebut.

"Setiap transaksi mesti disertakan dengan e-invois. Anda boleh meneruskan perniagaan seperti biasa, tetapi menjelang akhir bulan, anda perlu menyerahkan invois yang disatukan dalam tempoh tujuh hari,” kata Harvindar.

Beliau berkongsi pandangan ini sebagai tetamu di program The Nation terbitan Iteenews TV semasa perbincangan mengenai "Perubahan Utama dalam Percukaian untuk 2025" hari ini.

Kerajaan sebelum ini bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos, 2024.

Sistem e-invois ialah platform digital yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperkemas dan meningkatkan proses invois untuk perniagaan.

Ia mewajibkan perniagaan menjana dan menyerahkan invois secara elektronik, memastikan pematuhan terhadap peraturan cukai dan meningkatkan kecekapan dalam pelaporan dan kutipan cukai.

Dalam pada itu Harvindar mengakui bahawa terdapat cabaran dan isu awal untuk ditangani tetapimenyatakan keyakinan tentang kemajuan yang dicapai.

"Terdapat banyak aplikasi sedang dibangunkan, dan saya memahami kebimbangan mereka terutamanya yang mungkin mendapati proses peralihan ini agak membimbangkan.