Kedutaan Malaysia Di Bangkok Sambung Operasi 1 April

fb Embassy of Malaysia, Bangkok

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 31 Mac (Iteenews) — Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi pada Selasa selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lepas.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke ThailandBong Yik Juiberkata kedutaan itu kini beroperasi di tingkat 17 Menara Pejabat Kronos di Jalan Sathorn dan keseluruhan bangunan itu telah ditutup oleh pihak berkuasa pada Jumaat.

Beliau berkata Menara Pejabat Kronos telah diperiksa sepenuhnya oleh jurutera bertauliah dan disahkan berada dalam keadaan kukuh serta selamat tanpa sebarang kerosakan.

"Dengan pembukaan semula Menara Pejabat Kronos, kedutaan akan kembali beroperasi seperti biasa di tingkat 17 mulai esok (1 April)," katanya kepada Iteenews ketika dihubungi pada Isnin.

Bong berkatakedutaan itu ditutup pada Isnin sempena sambutan Aidilfitri.

<!––>

Pada Jumaat lepas, gempa bumi kuat dengan magnitud7.7 melanda Wilayah Sagaing, Myanmar sekitar pukul1 tengah hari waktu tempatan, diikuti satu lagi gegaran bermagnitud6.4.

Gempa bumi itu menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand dan setakat ini meragut 18 nyawa, sementara puluhan lagi masih hilang.

— BERNAMA