Kebakaran Di Putra Heights Cetus Gangguan Pengeluaran, Kerugian Kewangan 200 Kilang

11e163af85c1b76090c4a06d776dc32767efba28cf2f0

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 April (Iteenews) –Kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor memberi impak besar terhadap operasi kira-kira 200 kemudahanindustri di Lembah Klang melibatkan pelbagai subsektor pembuatan dan saiz syarikat.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Laiberkata pengilang yang terjejaskebanyakannya bergantung kepada bekalan gas yang stabil dan terjamin untuk pengeluaran selainberdepankemungkinan pemberhentian pengeluaran, kerugian kewangan dangangguan teruk kepada rantaian bekalan mereka.

Beliau berkata, paling terjejas teruk iaitu kalangan pengilangyang beroperasi sepanjang masaterutamanya pengilang barangan kritikal dankeperluan seperti makanan dan minuman serta gas industri.

"Walaupun pemulihan secara am dijangka pada 20 April 2025, kami memahami bekalan kepada penyedia perkhidmatan penting terpilih seperti kemudahan pembuatan makanan, mungkinbermula seawal hari ini.

"Bagaimanapun, ini tertakluk kepada faktor-faktor seperti lokasi geografi kilang-kilang dan tahap tekanan yang dapat dicapai dalam keadaan semasa," kata Soh kepada Iteenews.

Pada 1 April lepas, kebakaran berlaku di paip utama Petronas Gas Bhd (PGB) berhampiran Putra Heightsyang mengakibatkan gangguan bekalan gas ke kemudahan industri yang terjejas.

Syarikat yang terjejas merupakan pelanggan PGB dan Gas Malaysia Bhd.

Beliau berpendapatpada ketika ini, sukar untuk menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh syarikat terjejas keranaiabergantung kepada jadual pemulihan bekalan gas secara sepenuhnya.