Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berucap pada Majlis Penutupan Forum Khazanah Megatrends 2024 hari ini.
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 8 Okt(Iteenews) –Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan mengatasisasaran bagi 2024 dipacu oleh kekukuhan dasar fiskal dan komitmen berterusan terhadap pembaharuan berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata transformasi ekonomi negara sedang mengumpul momentum, walaupun menghadapi cabaran seperti polarisasi politik, jurang sosioekonomi yang semakin luasdan ketegangan geopolitik berterusan.
“Saya yakinkita semua berkongsi keyakinan bahawa Malaysia berada di landasan untuk melepasi sasaran pertumbuhan negara 4.0 hingga 5.0 peratus bagi2024,” katanya ketika berucap menutup Forum Megatrends Khazanah 2024 di sini, pada Selasa.
Beliau berkata dengan petunjuk makroekonomi yang positif menyediakan tetapan yang kukuh, kerajaan menerusi Belanjawan2025 boleh menumpukan usaha meneruskan dasar fiskal yang teguhuntuk daya tahan ekonomidi samping inisiatif mengutamakan rakyat bagi memastikan tiada yang terpinggir.
Belanjawan2025 akan bercirikanpandangan jauh, inklusif dan berdaya tahan selain menyokong pelaburan, pembangunan, pemerkasaan, dan yang paling penting,prorakyat.
Amir Hamzah berkata usaha sedang dijalankan di Kementerian Kewangan (MOF)untuk merealisasikan visi MADANI iaitu Membangunkan Bersama Malaysia yang Lebih Baik.
“Melalui sesi libat urusdan jerayawara sebagai persediaan untuk Belanjawan2025, MOF telah bekerjasama denganpihak berkepentingan daripada semua lapisan masyarakat — meliputi orang ramai, penjawat awam, badan pemikir, peserta industri, dan penyedia modal.
“Ini bagi memastikan penyediaan belanjawan yang lebih inklusif, lebih relevandan lebih berimpak yang akan memperkukuh ekonomi negara,” katanya.