Kaspersky Beri Amaran Tawaran Telegram Premium Palsu Kepada Pengguna

de60be9a1b282a8d6ca547be4e9df2565ebbce9752171

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Iteenews) –Kasperskymemberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yangtersebar di seluruh duniadengantujuanmencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.

Kaspersky dalam satu kenyataan hari ini berkata, penipuan ini menyasarkan pengguna dengan penipuan pancingan data dan perisian hasadyang menyamarsebagai versi alternatif aplikasi.

"Penipuan ini mengambil kesempatan ke atas populariti Telegram Premium dan pemberian hadiah, menjadikannya penting bagi pengguna untuk kekal berwaspada," katanya.

Kaspersky berkata satu daripadahelah bermula apabila pengguna menerima mesej;"Anda telah menerima hadiahberupa langganan Telegram Premium," iaitu daripada seseorang dalam senarai kenalan mereka yang akaunnya mungkin sudahdigodam.

Jika mangsa mengimbas kod atau memasukkan maklumat akaun mereka, akaun mereka akan segera terjejas iaitumemberikan 'scammer'akses kepada butiran log masuk, kata laluandan kod pengesahan mangsa.

Selain itu, penyerang juga boleh menggunakan kaedah lain untuk menghantar pautan pancingan datamelalui e-mel, atau penjenayah siber mungkin menghantar jemputan kepada mangsa untuk memuat turun arkib zip yang mendakwa mengandungi versi perkhidmatan pemesejan dengan langganan "Premium".

"Pastikan tetapan keselamatan dan privasi Telegram anda dikemas kinidan peranti anda mempunyai penyelesaian keselamatan yang kukuh," kata Pakar Keselamatan Kaspersky, Olga Svistunova.

Telegram Premium adalah langganan yang menawarkan ciri eksklusifseperti kelajuan muat turun yang lebih pantas, penukaran suara ke teks, pelekat premium, pengalaman tanpa iklandan banyak lagi.

Kaspersky juga menasihatkan pengguna Telegram untuk menyemak panduannya, memeriksa pautan dengan teliti, mengesahkan pautan daripadakenalan, membeli langganan melalui saluran rasmidan mengaktifkan pengesahan dua faktor.