KUALA LUMPUR, 29 Jan (Iteenews) — Pasaran kargo udara global menonjolkan kemajuan ketara tahun lepas dengan permintaan menokok 11.3 peratus dalam kargo tan kilometer(CTK) berbanding 2023, selepaspermintaan melepasi jumlah rekod yang ditetapkan pada 2021, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ini menandakan puncak bersejarah baru, melangkaui volum 2021 sebanyak 0.5 peratus, sebelum ini merupakan rekodtertinggi.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata kargo udara menunjukkan prestasi cemerlang pada 2024 apabila lebih banyak kargodiangkut oleh syarikat penerbangan.
“Yang jelas, ia merupakan tahun pertumbuhan yang menguntungkan. Permintaan, naik 11.3 peratus dari tahun ke tahun selepas menerima rangsangan daripada pengukuhan e-dagang serta pelbagai sekatan yang dialami olehperkapalan.
“Ini digabungkan dengan sekatan ruang udara yang membatasi kapasiti pada beberapa laluan jarak jauh utama ke Asia telah membantu mengekalkan hasil pada tahap tertinggi. Walaupun purata hasil masih kurang mantap berbanding kemuncak pada 2021-2022 yang mana, ia berpurata 39 peratus lebih baikdaripada 2019,” katanya melalui satu kenyataan.
Walaupun terdapat cabaran yang kompleks pada tahun lepas, industri tersebut telah mencerminkan kekuatan apabila mengakhiri tahun dengan momentum yang kukuh.
“Rantau Asia Pasifik tetap menjadi daya penggerak di belakang pertumbuhan CTK tahunan industri, dengan menyumbang 46.6 peratus, walaupun angka ini mewakili penurunan mata sebanyak 4.9 peratusan dari tempoh yang sama berbanding 2023,” katanya lagi.
Bagi kapasiti tahun penuh pada2024, kargo tan kilometer (ACTK) yang tersedia, bertambah 7.4 peratus berbanding peningkatan pada 2023 dan 9.6 peratus untuk operasi antarabangsa," katanya.
IATA menjangkakan pertumbuhan akan menjadi sederhana hingga 5.8 peratus tahun ini, sejajar dengan prestasi sejarah.