Datuk Aedy Fadly Ramli
KUALA LUMPUR, 21Mac (Iteenews) — Dua kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun antara 38 penunggang motosikal ditahanselepas disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram disekitar Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, awal pagi semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sebanyak 196 notis kompaun telah dikeluarkan dan19 motosikal disita menerusi operasi dijalankan pihaknya itu, dengan kesalahan tertinggi direkodkan membabitkan tiada lesen memandu.
Beliau berkata operasi dilakukan susulan aduan daripada orang ramai berkaitan aktiviti lumba haram di sekitar kawasan terbabit.
"Hal ini mengejutkan kita kerana kanak-kanak perempuan itu menunggang motosikal yang telah diubah suai ekzos dan brek, selainbanyak lagi kesalahan,” katanyapadasidang media selepasmenghadiri majlisIhya Ramadan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Pengarah Kanan PenguatkuasaanJPJ Muhammad Kifli Ma Hassandan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Hamidi Adam.
Beliau berkatakebanyakan yang ditahan berusiadi bawah 18 tahun dan masih bersekolah manakala pihaknyatelah memanggil ibu bapa kepada kanak-kanak bawah umuruntuk tindakan lanjut.
“Kitaakan lihat apa tindakan susulan yang boleh diambil, mungkin tindakan berkaitan dengan agensi penguatkuasaan lain keranatelah membiarkan anak merekakeluar untuk berlumba haram," katanya.
— BERNAMA