Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

45303f4908ac5eba3e9b492259409c525ee2e3231fcb2

KUALA LUMPUR, 28 Sept(Iteenews) — Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulanoperasi Bank Negara Malaysia (BNM) yangmenyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat memasuki pasaransetiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.20 bilion daripada RM33.91 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai susutkepada RM12.83 bilion daripada RM20.30 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 26 Sept, 2024.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *