Jumlah Tenaga Buruh Meningkat 0.1 Peratus Pada Julai 2024 – DOSM

c6d4657db67f13b9049b0760c7899f6166dec06ef142aKredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

PUTRAJAYA, 9 Sept(Iteenews) –Jumlah tenaga buruh pada Julai 2024 meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 17.2juta orang, berbanding 17.17 juta orang pada bulan sebelumnya,dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekalpada 70.4peratus seperti pada bulan sebelumnya,menurut Statistik Tenaga Buruh.

Ketua PerangkawanJabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkatajumlah pekerja pada Julai2024 terus mencatatkan peningkatan0.2peratus kepada 16.63 juta orang berbanding 16.61 juta orang pada bulan sebelumnya,

“Pasaran buruh negara kekal stabil, susulan kedudukan ekonomi negara yang semakin berkembang pesat, merekodkan peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur semakin berkurangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bilangan penganggur pada bulan itu mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 0.3peratus kepada 563,700orangberbanding 565,300orang pada Jun2024, dengan kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus, sama seperti bulan sebelumnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai situasi guna tenaga, Mohd Uzir berkata pada Julai 2024, sebahagian besar penduduk bekerja adalah dalam kategori pekerja, merangkumi 75.0 peratus.

"Kategori ini naik sebanyak 0.1 peratus kepada 12.48 juta orang berbanding bulan sebelumnya 12.46 juta orang.

"Pada masa yang sama, kategori penduduk bekerja sendiri kekal dalam trend meningkat, bertambah sebanyak 0.3 peratus kepada 3.07 juta orang berbanding 3.06 juta orang pada Jun 2024," katanya.

Mengenai situasi pengangguran pada Julai, beliau berkata mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif meliputi 80.0 peratus daripada jumlah penganggur.

Katanya kategori itumencatatkan penurunan sebanyak 0.3 peratus kepada 450,700orang berbanding 451,900 orang pada bulan sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *