Kredit: Sekretariat JPBN Sabah
KUALA LUMPUR, 12 April (Iteenews) — Jumlah mangsadi Selangor dan Sabah yang berlindung dipusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini menunjukkan sedikit peningkatan manakala keadaan di Johor semakin baik.
Memasuki hari kedua situasi banjir diSELANGORmenyaksikan jumlah mangsadi negeri itu meningkat daripada 873 orang melibatkan 262 keluarga malam tadi, kepada 1,191 mangsa membabitkan 322 keluarga setakat 8 pagi ini.
Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat semua mangsa ditempatkan di enam PPSdengan tiga di Shah Alam, Klang (dua) dan satu di Subang Jaya.
Di SABAH, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Nabawan meningkat kepada 383 orang daripada 94 keluargaberbanding 263 orang daripada 63 keluarga dan semuanya ditempatkan di lima PPS selepas 28 kampung terjejas.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima PPS dibuka di Nabawan.
Daerah Sook turut dilanda banjir dengan sebuah PPS dibuka Dewan Kampung Membulu pada 4.45 pagi tadi, namun jumlah mangsa sedang dikemas kini.
Nabawan dan Sook merupakan daerah terletak di bahagian pedalaman Sabah, masing-masing terletak 174 kilometer (km) dan 147 km arah Selatan dari Kota Kinabalu.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading menurun sedikit pagi ini iaitu seramai 203 orang daripada 64 keluarga berbanding 210 orang daripada 65 keluarga petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata mangsa yang terjejas merupakan penduduk di daerah iaitu Batu Pahat.