KUALA LUMPUR, 31 Dis (Iteenews) — Mangsa banjir di Johor yang ditempatkan dipusat pemindahan sementara (PPS) sedikit meningkat pagi ini,di Kelantan pula situasi bencana itu bertambah baik manakala jumlah mangsa di Terengganu kekal.
DiJOHOR,Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa banjir di negeri itumeningkatkepada52 orang daripada 14 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 26 orang daripada tujuh keluarga yang dilaporkan semalam dan kesemua mangsaditempatkan di dua PPS di daerah Kota Tinggi.
Beliau berkata PPS berkenaan adalah di Dewan Kampung Baru Sungai Masmelibatkan 13 mangsa daripada tiga keluargamanakala di Sekolah Kebangsaan Gambut menempatkan 39 mangsa daripada 11 keluarga.
“Sementara itu, lima sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dengan bacaan 19.31 meter; Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang pada paras 13.93 meter dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili, Kota Tinggi dengan 8.39 meter.
“Dua lagi sungai adalah di daerah Mersing, iaitu Sungai Tenglu Kecil di Kampung Tenglu Kecil dengan bacaan 1.22 meter dan Sungai Paya Dato’ 1.35 meter. Tiga daerah dilaporkan mendung pada pagi iniiaitu Mersing, Batu Pahat dan Kota Tinggimanakala lain-lain daerah diramal cerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir membabitkan jajahan Tanah Merah terus susut kepada 476 orang daripada 135 keluargapagi ini berbanding 573 orang daripada 178 keluarga semalam.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kesemua mangsa berlindung di tujuh PPS.
DiTERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkansituasi banjir pada pagi ini tidak berubah apabila jumlah mangsa kekal 44 orang daripada 12 keluargaseperti malam tadi.
Kesemua mereka ditempatkan di PPSMasjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh,Besut.