Jualan Proton Pada Oktober Melonjak 13.6 Peratus, Catat Jumlah YTD 125,557 Unit

e65bfba6b6c65e74089b8f764f38475f5e9835f1bb9ff

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Iteenews) –Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober, peningkatan 13.6 peratus berbanding 11,269 unit pada bulan sebelum itu, sekali gus meningkatkanjumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 125,557 unit.

Dalam satu kenyataan, pengeluar kereta nasional itu berkata ia kekalsebagai jenama kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara, dengan jangkaanbahagian pasaran sebanyak 18.1 peratusuntuk bulan tersebut dan YTD sebanyak 18.9 peratus untuk keseluruhan 2024.

Jumlah jualan bagi industri automotif pulih pada Oktober selepas merosot pada bulan sebelumnya.

"Memandangkan pengeluar peralatan asal (OEM) membanjiri pasaran dengan tawaran untuk meningkatkan angka jualan akhir tahun, jumlah volum industri (TIV) dijangka mencapai 70,668 unit, kali kelima ia melangkaui had unit 70,000 unit tahun ini.

"Ia berada pada landasan untuk mencapai rekod baharu pada penghujung 2024," katanya.

Ketua Pegawai EksekutifProton EdarRoslan Abdullah berkata suku terakhir 2024 akan menjadi tempoh yang mencabar bagi pemain automotif susulan kemasukan jenama dan produk baharu, sertakesungguhan untuk mencapai sasaran jualan akhir tahunakan membuka pelbagai tawaran untuk pembeli kereta baharu.

“Menjelang tahun baharu, syarikat akan membina asas untuk memainkan peranan utama dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

"Proton e.MAS 7 telah pun dipratonton kepada ribuanbakal pembeli dan akan mengadakan pelancaran besar-besarannyapadaDisember, dengan 36 pengedar mewakili jenama itu," katanya.

Proton berkatamodel X50nya mengekalkan kedudukan teratasnya dalam pasaran SUV segmen B, dengan 2,122 unit dihantar padaOktober walaupun terdapat banyak pesaing yang melancarkan produk saingan tahun ini.