Jualan 12.12 Lazada Dikuasakan AI Capai Penjimatan Pengguna Sebanyak US$483 Juta

85c4c726a7fa0b7c49e7246d048b615b6764c3bf59fd7 Kredit: Lazada ba7f4b929652dd79eec81e7d9beaf6356764c3d7e5654 Kredit: Lazada

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Iteenews) –Jualan 12.12 All Out Lazada yang dikuasakan melaluikecerdasan buatan (AI)menjana penjimatan pengguna sebanyak US$483 juta di seluruh Asia Tenggara.

Platform e-dagang itu berkata, kejayaan cemerlangdalam jualan berkenaandipacuoleh pengguna yang secara aktif menerima ciri-ciri yang dikuasakanAIseperti seperti cadangan pintar, percubaan maya, modeldijana AI dan banyak lagiyang membawa kepada peningkatan dalam pembayaran troli.

Lazada dalam satu kenyataan hari ini berkata kempen 12.12 #LazzieChatHunt menyaksikan lonjakan sebanyak76 peratus bagipelawatunik sekali gusmencapai penglibatan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Kempen tersebutmemberi insentif kepada pembeli dengan LazCash atau LazRewards (di wilayah terpilih) untuk memasukkan kod promosi melalui ciri sembang Message+ yangmenghasilkan enam juta interaksi AI, sekali gusmencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding kempen 11.11.

Lazada juga melaporkan peningkatan sebanyak 46 peratus dalam penglibatan proaktifpembantu beli-belah mayanya, AI Lazzie, semasa acara jualan 12.12dengan lebih 15 peratus daripada interaksi ini tertumpu pada penemuan tawaran dan cadangan produk peribadi.

Ia juga mencerminkan kepercayaan pengguna yang kukuh terhadap pengalaman beli-belah yang dipacuoleh AI.

Sejak memperkenalkan ciri-ciri generatif AI (GenAI) yang dipertingkatkan, Lazada berkata, AI Lazziememainkan peranan pentingdalam kempen jualan dengan menggabungkankoleksi baucar, mengubahnya menjadi pengalaman seperti permainan yang menarik.

"Inovasiini dikuasakan oleh Marco MT yang baru dipertingkatkan oleh Alibaba, satu sistem terjemahan AI termaju yang dibina berdasarkan model bahasa besar Qwen proprietari.

"Marco MT membantu penjual mencipta senarai produk yang tulendengan mentafsirkan nuansa budaya dan istilah khusus industri dengan tepat, membolehkan penyesuaiantempatan pasaran yang tepat merentas pelbagai pasaranAsia Tenggara," katanya.