Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong selepas sidang media bersama di Perdana Putra hari ini.
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 7 Jan (Iteenews) — Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yangdimeterai hari ini dijangkamenjadi permulaan kepada tranformasiera baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Timbalan Presiden DewanTeraju Usahawan dan Peniaga Bumiputera Negeri Johor Zaini Atan berkata inisiatif itu juga bakalmenyaksikan kepesatan pembangunanekonomi yang akan memberi manfaat kepada usahawan dan peniagadaripada pelbagai sektor di negeri ini.
“Kita menyambut baik inisiatif JS-SEZ sejakia diumum yang mana kita menjangkakan ia akan menjadi ‘jump start’ (permulaan) kepada pembangunan ekonomi di Johor.
“Semua sektor jugapastinya ternanti-nantipelan perancangan kerajaan dan perincianmenyeluruh berhubungbagaimana ia akan memberi manfaatkepada rakyat,” katanya semasa dihubungiIteenews hari ini.
Justeru,beliau berkata, kerajaan negeri perlumengadakansesi libat urusbersama pemain industri terlibat termasuk persatuan usahawan, peniaga serta penjaja bagimemberikan penerangan tentang hala tujudan perkongsian pendapat berhubungJS-SEZ.
Zaini turut berharap agar inisiatif berkenaan dapat menjadi pemangkin kepada kemajuanperniagaan khususnya golongan bumiputera, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
“Kita harap usahawan dan peniaga bumiputera diberi keutamaan dan perhatian, keranakita mahu melihat golongan ini turut memainkan peranandalam menjayakan JS-SEZ dan mendapatmanfaat daripadanya,” katanya.
Senada dengan Zaini,Presiden Persatuan Perniagaan dan Penjaja Johor Bahru Roland Lim berkata JS-SEZ mampu menjadi penyokongkepada usahawan dan peniaga dalam menghadapi cabaran serta ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.