JS-SEZ Pacu Integrasi Ekonomi, Pertingkat Jumlah Pekerjaan – Maybank 

6e18c85fd72692ab884d6bc43dc6b0b5677d3ad7ef566

KUALA LUMPUR, 7 Jan(Iteenews) — Pemeteraianperjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat memacu integrasi ekonomi secara lebih ketara selainmemangkin pertumbuhan dan menggalakkan penyertaan ekonomi yang lebih besar bagi Malaysia dan republik itu.

Presiden merangkapKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) Datuk Khairussaleh Ramli berkata perjanjian itu juga dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan perdagangan intra-serantau selain memperkasadaya tahan rantau ini sebagai sebuah blok ekonomi.

“Kami jugamelihat potensi pertumbuhan lebihkukuh dalam industri halal di JS-SEZ yang dapat menyediakan perkhidmatan untukpasaran global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pagi ini,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong menyaksikan pertukaran perjanjian bersama antara Malaysia dan Singapura berkaitan JS-SEZbersama enam lagi memorandum persefahaman dan satu surat hasrat.

Menjelaskan selanjutnya,Khairussaleh berkata apabilaJS-SEZ dapat direalisasikan dan seterusnya memudahkan pergerakan barangan dan orang ramai, Maybank selakubank keempat terbesar dari segi aset di Asia Tenggara, menjangkakan pertumbuhan kukuh dalam pembayaran rentas sempadan.

"Kami melihat peningkatan jumlah transaksi rentas sempadan yang memberangsangkan iaitu hampir 60 peratusdaripada 229,900 pada akhir 2023 kepada 336,700 pada 2024," katanya.

— BERNAMA