KUALA LUMPUR, 14 Feb (Iteenews) — Kerajaan menggariskan tiga perancangan jangka panjang bagi mengekang kesesakan lalu lintas yang berpotensi berlaku disebabkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Kementerian Ekonomi.
Kementerian itu berkata antaraperancangan tersebut ialahmeningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa, tertakluk kepada keperluan dan peraturan kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.
“Selain itu, kerajaan jugameneroka mod pengangkutan alternatif berdaya maju secara komersial dan memenuhi keperluan peraturan seperti keselamatan dan sekuriti bagi setiap negara.
“Kerajaan juga berusaha membangunkan ketersambungan lancar dengan memperkukuh rangkaian pengangkutan tempatan di Malaysia bagi menyokong JS-SEZ,” menurut kementerian dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab soalanKhairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang ingin mengetahuiadakah wujud penggunaan dana awam di dalam pelaksanaan projek JS-SEZ) dan apakah perancangan jangka masa panjang kerajaan bagi mengekang kesesakan lalu lintas yang berpotensi berlaku disebabkan JS-SEZ.
Sementara itu, ia berkata kerajaan Malaysia telah mewujudkan dana pemudahcara (infrastruktur) berjumlah RM5 bilion yang antara lain akan digunakan untuk menyokong pembangunan kawasan JS-SEZ.
“Pertimbangan untuk penggunaan dana adalah tertakluk kepada dasar dan prioriti kerajaan manakala kerajaan Singapura pula akan memperkenal satu bentuk sokongan pembiayaan tersendiri bagi memudahkan pengembangan operasi syarikat-syarikat Singapura yang mahu beroperasi di kawasan JS-SEZ,” katanya.
Pada 7 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersamaPerdana Menteri Singapura Lawrence Wongmenyaksikan pertukaran perjanjian bersama antara Malaysia dan Singapura mengenai JS-SEZ.
JS-SEZ merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar.