JPJ Keluar 1,968 Saman Menerusi Op TBC 2025

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion (dua, kiri) memeriksa dokumen perjalanan pemandu bas ekspres pada Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina Peringkat JPJ Negeri Terengganu di Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU, 29 Jan (Iteenews) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan OpKhas Tahun Baru Cina (OpKhas TBC) 2025 yang bermula pada 20 Janlepas.

Pengarah JPJ TerengganuZamri Samion berkata saman ituhasil pemeriksaan terhadap19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 1,833 notis juga dikeluarkan terhadap pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan dalam OpKhas TBC kali ini.

"Antara kesalahan paling banyak dikesan ialah gagal mematuhi lampu isyarat merah, tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar dan tidak memakai tali pinggang keledar.

"Hasil pemeriksaan kita juga telah menyita sebanyak 37 kenderaan termasuk 30 motosikal, empatkereta dan tigalori," katanya selepas melakukan pemeriksaan bas ekspresdi Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) malam tadi.

Zamri berkata pihaknya juga telah menugaskan 16 anggota untuk melakukan kerjapenyamaran bagi mengawasi pemandu dan memantau pergerakan bas ekspres sepanjang OpKhas TBC 2025.

Beliau berkata ia melibatkan perjalanan pergi dan balik ke tiga destinasi iaituKota Bharu, Kuantan dan Kuala Lumpur.

"Bagi memastikan bas berada dalam keadaan selamat, JPJ Terengganu telah mengambil langkah awal dengan menjalankan pemeriksaan di tujuh depoh seluruh negeri bermula 13hingga 19 Jan.

"Sementara itu, dalam tempoh OpTBC 2025 sebanyak 165 bas telah diperiksa. Sejumlah 31 pemandu bas juga diarah menjalani pemeriksaan air kencing dan semua menunjukkan keputusannegatif," katanya.