Kredit: FB- Onn Hafiz Ghazi Kredit: FB- Onn Hafiz Ghazi Kredit: FB- Onn Hafiz Ghazi Kredit: FB- Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU, 30 Okt (Iteenews) — Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira US$190 juta (US$1=RM4.3755) ke negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau yang mengetuai lawatan kerja ke Seoul bermula 28-31 Okt berkatadelegasi kerajaan negeriberkesempatan bertemu dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan antaranya Hanwha Solutions Corporationyang tersenarai diFortune Global 500 dan terkenal dengan inovasi dalam sektor tenaga bersih serta bahan kimia.
Selain itu, mereka juga mengadakan pertemuan dengan SPC Group,syarikat makanan global yang menerajui pasaran dengan jenama terkenal seperti Paris Baguette dan CJ CheilJedang Group,pengeluar makanan halal Korea di Malaysia.
“Syukur Alhamdulillah. Dalam lawatan kerja ke Seoul,saya dan delegasi kerajaan negeri berkesempatan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan, yang berpotensi membawa pelaburan strategik ke negeri Johor.
“Insya-Allah, nilai potensi pelaburan yang mampu dicapai hasil pertemuan bersama syarikatterkemuka ini adalah sekitar US$190 juta,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliauhari ini.
Onn Hafiz berkata selainpeluang pekerjaan berpendapatan tinggi, limpahan ekonomi dan pembangunan yang bakal dijana hasil pelaburan tersebut sudah pasti akan membawa lebih kemakmuran kepada rakyat di negeri itu.
“Saya pasti kesemua syarikat ini yakin dengan potensi Johor sebagai destinasi pelaburan yang strategik. Dengan kedudukan yang kukuh serta sokongan berterusan, Johor bukan sahaja menawarkan peluang perniagaan yang luas, tetapi juga ekosistem kondusif untuk pertumbuhan jangka panjang.
“Semoga segala perancangan dan kerjasama ini dapat direalisasikan dengan jayanya, sekali gus menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan pilihan dan pusat strategik di rantau Asia,” katanya.
Menerusi hantaran berasingan Onn Hafiz berkata delegasi kerajaan negeriturut berpeluang menghadiri seminar yang membincangkan peluang pelaburan yang boleh diterokadi Johor terutama dengan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).