Jenazah Bekas Ketua Penyunting Bahasa Inggeris Bernama Karrima Mohd Seth Selamat Dikebumikan

PETALING JAYA, 27 Feb (Iteenews) — Jenazah bekas Ketua Penyunting Bahasa Inggeris Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Iteenews) Karrima Mohd Seth selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Karrima, 78, dibawa ke Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpurpada 9 pagi untuk disolatkan.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhirialah bekas Pengerusi IteenewsDatuk Seri Azman Ujang, ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan.

Adik Allahyarham, Mohd Niven ketika ditemui selepas pengebumian berkataKarrima yang juga anak keenam daripada 10 adik-beradik ialah seorang yang sangatbertanggungjawab dan mementingkan pelajaran adik-adiknya.

"Allahyarham baru saja kehilangan suaminya yangmeninggal dunia bulan lepas dan dia memang sudah lama alami masalah paru-paru dan jantung," katanya.

Sementara itu, Azman yang juga bekas Ketua Pengarang Iteenews berkata Allahyarham yang dikenalinya ialah seorang petugas yang sentiasa menunjukkan prestasi tinggi dalam pekerjaan dan menjadi contoh kepada wartawan-wartawan lain.

"Saya pernah bekerja di bawah Allahyarham dan saya mengingati beliau sebagai seorang yang sangat komited dan teliti dalam menjalankan tugas.

"Seingat saya beliau bersara awal dan selepas itu kami tidak pernah lagi berjumpa," katanya.

Karrima yang menghidap komplikasi pernafasan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur tengah hari semalam.