Jelajah Proton e.MAS 7 Bermula 5 Okt, Sasar Teraju Pasaran EV Negara

05cd2c109dbde70fad0a859593ce5f6666ee56a1ba048 Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong (empat, kiri) melancarkan e.MAS Tour sempena \’the Geely E5 World Tour Asia Appreciation Day\’ di Proton Centre Excellence. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah (tiga, kiri) dan Ketua Pegawai Penjenamaan Teknologi Tenaga Baharu Proton (Pro-Net), Salawati Mohd Yusoff (kiri). d87738ea68b856705f0c1fa623fa712f66ee56e90137f Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berucap merasmikan e.MAS Tour sempena \’the Geely E5 World Tour Asia Appreciation Day\’ di Proton Centre Excellence.

Oleh Zarul Effendi Razali

SHAH ALAM, 21 Sept (Iteenews) — Proton Holdings Bhd yakin Jelajah Proton e.MAS 7 akan membantu pengeluar kereta nasional itu untuk mencapai matlamat menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik (EV) paling laris di negara ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata jelajah ke seluruh negara yang bermula 5 Okt 2024 sehingga awal November ini, akan membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan dengan lebih dekat model EV pertama Proton itu.

“Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat dengan lebih dekat kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C ini, jelajah itu akan memperlihatkan daya tahan Proton e.MAS 7, menunjukkan ketahanan baterinya, badan dan kabin yang mantap serta banyak lagi," katanya kepada Iteenews selepas pelancaran jelajah itu di sini malam tadi.

Sementara itu, Proton dalam kenyataan berkata pelancaran jelajah itu turut menandakan kejayaan perjalanan panjang jelajah dunia pandu uji E5 Geely, dan kini Proton e.MAS 7 pula memulakan lembaran baharu inovasi dan menjelajah ke seluruh Malaysia.

"Jelajah Proton e.MAS 7 berhasrat untuk melibatkan rakyat Malaysia, menawarkan peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman dengan kenderaan itu memandangkan ia meliputi lebih 2,000 kilometer (km) merentas kepelbagaian rupa bumi, daripada jalan pesisir pantai ke kawasan pergunungan, yang menunjukkan keupayaannya,” kata Proton.

Menurut kenyataan itu, pusingan pertama jelajah itu akan diadakan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sebelum ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Selepas itu ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis, diteruskan melalui Kuala Lumpur dan Selangor, sebelum ke Malaysia Timur bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak," katanya.

Proton berkata strateginya adalah untuk meluaskan penerimagunaan EV dan mengukuhkan ekosistem tempatan, antaranya dengan mewujudkan perkongsian strategik dan berkongsi ilmu untuk menangani kebimbangan berkaitan sektor itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *