JDT Kekal Rekod Tanpa Kalah Buat Tiga Musim Berturut-turut

Ketua Pasukan Kuching City FC James Onyekachukwu diasak oleh pamain Johor Darul Ta\’zim (JDT) Romel Oswaldo Morales pada saingan Liga Super di Stadium Negeri.Kuching City FC tewas 0-2.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA. Ketua Pasukan Kuching City FC James Onyekachukwu dihalang oleh pamain Johor Darul Ta\’zim (JDT) Romel Oswaldo Morales pada saingan Liga Super di Stadium Negeri.Kuching City FC tewas 0-2.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Pemain Johor Darul Ta\’zim (JDT) Romel Oswaldo Morales dan Bergson Gustavo Silveira da Silva (kiri) meraikan gol pada saingan Liga Super di Stadium Negeri.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING, 16 April (Iteenews) –Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi gah menutup tirai kempen Liga Super 2024/2025 tanpa tewasbuat musim ketiga berturut-turut apabila menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Negeri, Kuching malam ini.

Mesin gol JDT, Bergson Da Silva tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan hasil sepakan penalti seawal minit kelima setelah Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pasukan pelawat sekali lagi menunjukkan taring mereka apabila pemain kelahiran Colombia Romel Morales berjaya menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke-26.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mengatur seranganberbahaya namun tidak berjaya membuahkan hasil jaringan gol.

Kemenangan hari ini menyaksikan JDT yang merupakan juara liga musim ini mengakhiri saingan Liga Super dengan 70 mata dengan rekod tanpa kalah selepas 24 perlawanan manakala Kuching City FC berada di tempat keempat liga dengan 36 mata.

Kali terakhir skuad Harimau Selatan tewas di saingan Liga Super adalah pada musim 2021 di tangan Terengganu FC 0-1.

<!––>

Kuching City FC yang mempunyai baki satu lagi perlawanan Liga Super musim ini akan bertemu Negeri Sembilan FC pada 20 April depan.

— BERNAMA