Jati Tinggi Peroleh Kontrak Penggerudian Bekalan Kuasa Bernilai RM33.8 Juta

fa1ffe2f77c2d295505eb548e6af9bf866b0deeb63947Jati Tinggi Group

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Iteenews) –Anak syarikat Jati Tinggi Group Bhd (Jati Tinggi), Jati Tinggi Holding Sdn Bhdmemperoleh kontrak bernilai RM33.8 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak tersebuttermasuk kerja penggerudianuntuk pembekalan kuasa di Gombak, Selangor.

MenurutJati Tinggi lagi, kontrak itu bermula pada 1 Ogos 2024 dan tamatpada 15 Feb 2025.

Sebagai syarat sebelum kerja-kerja dimulakan, Jati Tinggi berkata syarikat itu dikehendaki mendepositkan bon pelaksanaan berjumlah lima peratus daripada jumlah kontrak dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat lantikan.

Bon ini adalah keperluan untuk memastikan syarikat memenuhi kontrak dengan sewajarnya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *