Jana Masa Depan Malaysia, 60 Peratus Keuntungan Disalurkan Kembali Kepada Rakyat – TNB

034feae39dc09e5977cb36678e8eae4c67c1afcc36341Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (tengah) Bersama Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan (kiri) dan Ketua Pegawai Kewangan TNB, Badrulhisyam Fauzi semasa Taklimat Media Keputusan Kewangan Tahun 2024 di TNB Platinum, Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.Kredit: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Iteenews) –Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga Malaysia susulan pengumuman prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun 2024. Apa yang lebih penting lagi, kejayaan ituditerjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat.

“Komitmen kami melangkaui pembekalan elektrik – kami menerangi masa depan Malaysia,” kata Pengerusi TNBTan Sri Abdul Razak Abdul Majid.

“Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertanggungjawab, kami bukan sahaja tertumpu kepada kelangsungan kewangan tetapi untuk memastikan kejayaan TNB dipulangkan kepada negara – melalui sokongan melalui dana pencen, pertumbuhan ekonomi dan akses tenaga yang lebih mampu milik untuk rakyat,” katanya.

Selain itu, Program Lampu Jalan Kampung yang telah dilancarkan pada tahun 2000 telah memanfaatkan penduduk luar bandar dengan pemasangan lebih 525,000 lampu jalan.

Di bawah Fasa 11 bermula 2024, sebanyak 14,210 lampu LED cekap tenaga telah dipasang, dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Peningkatan keselamatan dan kesalinghubungan di kampungterbabit ini telah menggalakkan aktiviti ekonomi dan memacu kemajuan negara yang dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Dengan 60 peratus daripada keuntungan diagihkan melalui dividen kepada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Khazanah Nasional Bhd (KNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji (LTH), TNB memastikan bahawa rakyat Malaysia, pesara dan generasi akan datang mendapat manfaat daripada sektor tenaga yang stabil dan berfokus kepada masa hadapan.

Ke Mana Keuntungan TNB Disalurkan? Pendekatan Berorientasikan Rakyat